Mengenai NADI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

NADI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap NADI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan NADI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif NADI



Sejarah

Terletak di sudut utara negeri Johor yang bersempadan dengan Negeri Sembilan dan Pahang, Kg.Mensudut Lama merupakan sebuah kampung Melayu Tradisional yang mempunyai pelbagai keunikan tersendiri. Nama "Mensudut Lama" diberi bersempena dengan kedudukannya yang berada di sudut paling Utara Negeri Johor dan perjalanan untuk sampai ke pedalaman ini mengambil masa yang agak lama (pada masa dahulu). Kg.Mensudut Lama dibentuk daripada gabungan rangkaian kampung-kampung tradisional melayu yang terdapat di sepanjang laluan Sungai Palong.

Pada tahun 1968, rangkaian kampung-kampung tradisional ini telah digabungkan di bawah satu nama iaitu "KAMPUNG MENSUDUT LAMA". Kawasan di sepanjang laluan Sungai Palong yang subur ini kemudiannya diteroka dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk kampung dengan mengusahakan kegiatan pertanian dan penternakan. Sebahagian besarnya dipenuhi oleh tanaman Kelapa Sawit dan Getah yang menjadi punca pendapatan utama masyarakat di sini. Terdapat juga dusun buah-buahan dan kebun sayur yang diusahakan penduduk sebagai sumber pendapatan tambahan. Penternakan lembu dan kambing dijalankan secara kecil-kecilan didalam kebun kelapa sawit sebagai kegiatan sampingan.

Sungai Palong yang kaya dengan khazanah semulajadi sungai Air Tawar turut memberi manfaat kepada keluarga Nelayan Tradisional yang menjalankan aktiviti menangkap ikan sebagai punca rezeki. Antara spesis ikan yang banyak terdapat di sini ialah Toman,Baung,Sebarau,Lampam dan juga Udang Galah. Sungai Palong mempunyai pengaruh yang besar keatas kehidupan masyarakat di sini. Satu ketika dahulu sungai ini adalah NADI kehidupan penduduk Kg.Mensudut Lama. Peranan Khazanah Pusaka Alam yang tidak ternilai ini telah banyak berubah oleh peredaran masa. Yang pastinya Sungai Palong tetap mengalir megah dan menjadi sebahagian daripada keunikan tanah bertuah KAMPUNG MENSUDUT LAMA.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2024


ICT - SCAM AWARENESS CELCOMDIGI SURVEY

Aktiviti Terkini | 6 Mac 2024

Tujuan utama program ini adalah untuk membantu pihak CelcomDigi untuk memahai tahap pengetahuan pengguna tentang scam dan cara mencegahnya....................baca selanjutnya

PROGRAM ICT: SCAM AWARENESS SURVEY 2024 WITH CELCOMDIGI

Aktiviti Terkini | 20 Februari 2024

Tujuan utama program ini adalah untuk membantu pihak CelcomDigi untuk memahai tahap pengetahuan pengguna tentang scam dan cara mencegahnya...................baca selanjutnya

PROGRAM KEUSAHAWANAN: PEMBUATAN SABUN CUCI PINGGAN ORGANIK DENGAN KERJASAMA OH BEAUTY WORK

Aktiviti Terkini | 6 Februari 2024

Tujuan utama program ini adalah untuk menarik minat ahli PEDi untuk menjadi usahawan PEDi sama ada secara atas talian mahupun secara fizikal...................baca selanjutnya

KELAS KEUSAHAWANAN: KEMASKINI PERNIAGAAN SSM

Aktiviti Terkini | 31 Januari 2024

Membantu usahawan menggunakan perkhidmatan komputer dan internet yang disediakan oleh PEDi bagi tujuan perniagaan..................baca selanjutnya

AKTIVITI SOFT SKILL: MEMBUAT BISKUT RED VELVET

Aktiviti Terkini | 23 Januari 2024

Mengasah bakat ahli – ahli PEDi dalam menghasilkan biskut red velvet bersama tenaga pengajar Puan Hajah Rozaimah Binti Haji Hussien (Guru PKK Kemas Kg Mensudut Lama)T..................baca selanjutnya

PROGRAM STEM AKTIVITI 1: ‘’STATES OF MATTER’’, AKTIVITI 2: DYNAMIC SYSTEM DAN AKTIVITI 3: BUILD A POPSICLE STICK CATAPULT

Aktiviti Terkini | 29 & 30 Januari 2024

Memberi pelajar pengetahuan, kemahiran dan nilai yang mencukupi melalui aktiviti yang disediakan oleh PEDi di dalam atau di luar PEDi..................baca selanjutnya

KAUNTER FIZIKAL PADU (PANGKALAN DATA UTAMA) BERSAMA DOSM DAERAH MUAR DI PEDI KG MENSUDUT LAMA

Aktiviti Terkini | 8 & 18 Januari 2024

Penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan ‘’near real time’’ bagi digitalisasi dan penghasilan analitik berkala...................baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti