PROGRAM STEM AKTIVITI 1: ‘’STATES OF MATTER’’, AKTIVITI 2: DYNAMIC SYSTEM DAN AKTIVITI 3: BUILD A POPSICLE STICK CATAPULT

Aktiviti terkini | 29 & 30 Januari 2024

Tempat Aktiviti:
PEDi Kg Mensudut Lama

Nama VIP :
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
• STEM ialah akronim kepada Science (Sains), Technology (Teknologi), Engineering (Kejuruteraan) dan Mathematics (Matematik)
• STEM merupakan satu pendekatan p&p yang melibatkan pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM untuk menyelesaikan masalah dalam konteks kehidupan harian, masyarakat dan alam sekitar

Tujuan :
• Memberi pelajar pengetahuan, kemahiran dan nilai yang mencukupi melalui aktiviti yang disediakan oleh PEDi di dalam atau di luar PEDi.
• Membantu pelajar dari segi kecekapan dan kompetensi untuk meneroka, menyelesaikan masalah, mereka bentuk dan menghasilkan produk

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Aktiviti 1: Pelajar memahami sains dengan membezakan diantara jenis-jenis pepejal, gas dan cecair menerusi aktiviti secara atas talian di https://www.abcya.com/games/states_of_matter
• Aktiviti 2: Pelajar mempelajari satu konsep di dalam matematik di mana satu hukum tetap menerangkan kebergantungan satu titik terhadap masa dalam ruang geometri menerusi aktiviti secara atas talian di https://www.engineering.com/GamesPuzzles/DynamicSystems. aspx
• Aktiviti 3: Pelajar diberi tayangan video tutorial STEM ‘’Build a Popsicirle Stick Catapult’’ di Youtube. Pelajar diberikan bahan-bahan seperti stik aiskrim, getah, penutup botol dan juga gam yang disediakan oleh pihak PEDi.

Kelebihan Aktiviti :
• Pelajar dapat mengenalpasti dan mengklasifikasikan jenis bahan sama ada dalam bentuk pepejal, cecair mahupun gas.
• Dapat merangsang daya kreativiti pelajar.
• Memberi peluang kepada pelajar mempelajari Fizik, kejuruteraan, tenaga kinetik, tenaga keupayaan, dan gerakan peluru.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :