INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti
Maklumat Komuniti Kg Mensudut Lama

Kampung Mensudut Lama merupakan sebuah kampung yang terletak dalam Mukim Buloh Kasap, Segamat, Johor. Majoriti penduduk di kampung tersebut adalah orang Melayu. Ia terletak berhampiran dengan Gugusan Felda Palong Timur serta berhampiran dengan sempadan Negeri Sembilan dan Pahang. Kampung tersebut mendapat namanya kerana kedudukannya yang berada di sudut paling utara negeri Johor.Kegiatan utama penduduk di sini adalah pertanian serta perladangan getah dan kelapa sawit, di samping penternakan lembu dan juga kambing.

Rekreasi & Pelancongan


JERAM BADOH - SUNGAI PALONG

Terletak di sudut utara negeri Johor yang bersempadan dengan Negeri Sembilan dan Pahang, Kg.Mensudut Lama merupakan sebuah kampung Melayu Tradisional yang mempunyai pelbagai keunikan tersendiri. Nama "Mensudut Lama" diberi bersempena dengan kedudukannya yang berada di sudut paling Utara Negeri Johor dan perjalanan untuk sampai ke pedalaman ini mengambil masa yang agak lama (pada masa dahulu). Kg.Mensudut Lama dibentuk daripada gabungan rangkaian kampung-kampung tradisional melayu yang terdapat di sepanjang laluan Sungai Palong.

Pada tahun 1968, rangkaian kampung-kampung tradisional ini telah digabungkan di bawah satu nama iaitu "KAMPUNG MENSUDUT LAMA". Kawasan di sepanjang laluan Sungai Palong yang subur ini kemudiannya diteroka dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk kampung dengan mengusahakan kegiatan pertanian dan penternakan. Sebahagian besarnya dipenuhi oleh tanaman Kelapa Sawit dan Getah yang menjadi punca pendapatan utama masyarakat di sini. Terdapat juga dusun buah-buahan dan kebun sayur yang diusahakan penduduk sebagai sumber pendapatan tambahan. Penternakan lembu dan kambing dijalankan secara kecil-kecilan didalam kebun kelapa sawit sebagai kegiatan sampingan.

Sungai Palong yang kaya dengan khazanah semulajadi sungai Air Tawar turut memberi manfaat kepada keluarga Nelayan Tradisional yang menjalankan aktiviti menangkap ikan sebagai punca rezeki. Antara spesis ikan yang banyak terdapat di sini ialah Toman,Baung,Sebarau,Lampam dan juga Udang Galah. Sungai Palong mempunyai pengaruh yang besar keatas kehidupan masyarakat di sini. Satu ketika dahulu sungai ini adalah NADI kehidupan penduduk Kg.Mensudut Lama. Peranan Khazanah Pusaka Alam yang tidak ternilai ini telah banyak berubah oleh peredaran masa. Yang pastinya Sungai Palong tetap mengalir megah dan menjadi sebahagian daripada keunikan tanah bertuah KAMPUNG MENSUDUT LAMA

Tempat Makan Yang Menarik


Kedai Makan Sarapan pagi
Warung Hakim
Kedai Sarapan Pagi Suhaili
Kedai Makan Rodiah
Kemudahan Awam
Masjid Al-Bukhari Kg Mensudut Lama
Telaga Tiub Kg Mensudut Lama
Taman Permainan Kanak-Kanak
Kedai Runcit Adeen
Pendidikan
Sekolah Kebangsaan Mensudut Lama
Tabika Kemas Mensudut Lama
Kisah Kejayaan
Program "Jom Msuk Kampung" @ Kemas

Program Jom Masuk Kampung merupakan program yang dianjurkan oleh KEMAS Negeri Johor yang dirasmikan oleh ADUN Buloh Kasap YB Dato’ Zahari Bin Sarip. Antara aktiviti yang dijalankan adalah:
I. Program anak angkat pelajar Uitm Segamat
II. Program Mentor Mentee
III. Program gotong royong & Sukaneka Kampung
IV. Program Doktor Bersama Masyarakat
V. Senam robik ‘’Jom fit’’
VI. Advokasi KDB oleh PEDi Kg Mensudut Lama

Keusahawanan

Nama : HJ Mahadi Bin HJ Elias
Usahawan : Tanaman Sayur Secara Fertigasi

Nama : Md Zaimi Bin Md Zainal
Usahawan : Tanaman Durin Dan Pisang

Nama : Mohama Basir Bin Paijan
Usahawan : Tanaman Fertigasi Cili Dan terung