PROGRAM KEUSAHAWANAN: PEMBUATAN SABUN CUCI PINGGAN ORGANIK DENGAN KERJASAMA OH BEAUTY WORK

Aktiviti terkini | 6 Februari 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Kg Mensudut Lama

Nama VIP :
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini dianjurkan khusus buat semua usahawan dan bakal usahawan PEDi.
• Program ini merupakan kerjasama PEDi bersama Oh Beauty Work.
• Program ini juga adalah satu bengkel yang membimbing usahawan mencipta produk homemade dan memberi peluang untuk usahawan mengeluarkan produk sendiri.

Tujuan :
• Tujuan utama program ini adalah untuk menarik minat ahli PEDi untuk menjadi usahawan PEDi sama ada secara atas talian mahupun secara fizikal.
• Program ini turut membantu memberi peluang kepada para usahawan dan bakal usahawan untuk mempelbagaikan produk jualan mereka dan secara tidak langsung membantu mereka mencipta sabun cuci sendiri dengan bahan-bahan organik.
• Bengkel pembuatan sabun cuci homemade ini juga secara tidak langsung dapat membantu komuniti mengurangkan perbelanjaan barang rumah dan membantu menjimatkan kos.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program dikendalikan oleh Puan Ain selaku tenaga pengajar bagi pembuatan sabun cuci pinggan organik.
• Program ini telah disertai seramai 12 orang usahawan dan telah berlangsung selama 3 jam di bilik latihan PEDi.
• Ahli PEDi atau usahawan PEDi turut diberikan latihan secara ‘’Hand on’’ untuk membuat sabun cuci dengan menggunakan bahan yang dibawa oleh peserta dari rumah dan juga bahan-bahan yang disediakan oleh pihak ‘’Oh Beauty Work’’.

Kelebihan Aktiviti :
• Membantu ahli serta usahawan menghasilkan sendiri sabun cuci pinggan yang organic bagi kegunaan harian
• Memberi peluang kepada mereka untuk menghasilkan sendiri produk sabun cuci pinggan organic.
• Mampu membantu usahawan dan bakal usahawan menjana pendapatan secara sampingan mahupun sepenuh masa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :