KAUNTER FIZIKAL PADU (PANGKALAN DATA UTAMA) BERSAMA DOSM DAERAH MUAR DI PEDI KG MENSUDUT LAMA

Aktiviti terkini | 8 & 18 Januari 2024

Tempat Aktiviti:
PEDi Kg Mensudut Lama

Nama VIP :
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini diadakan untuk memudahkan komuniti mendaftar dan mengisi maklumat di dalam sistem PADU dengan menyediakan tempat dan kemudahan mengakses internet yang stabil.
• Program ini adalah kerjasama antara Pegawai Pejabat Perangkaan Daerah Muar.

Tujuan :
• Penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan ‘’near real time’’ bagi digitalisasi dan penghasilan analitik berkala.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Pendaftaran akaun PADU memerlukan pengesahan maklumat asas pengguna seperti maklumat asas, pengesahan OTP di telefon bimbit dan juga penetapan kata laluan.
• Pegawai DOSM membantu komuniti mengisi maklumat yang berkaitan di dalam sistem PADU.

Kelebihan Aktiviti :
• Meningkatkan kecekapan system penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
• Mengoptimumkan penggunaan sumber yang terhad.
• Memperkasa system social melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat.
• Merapatkan jurang sosioekonomi dengan mengimbangi keperluan rakyat

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :