PROGRAM ADVOKASI KDB DI DALAM PROGRAM KARNIVAL MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR PERINGKAT DAERAH

Aktiviti terkini | 8 September 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Kg Mensudut Lama

Nama VIP :
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
• Kuiz Advokasi Buli Siber dengan mengakses aplikasi Kahoot menggunakan tablet MCMC.
• Kuiz Matematik (Asas Nombor) untuk menguji pemahaman topik yang telah dipelajari di sekolah.
• Pertandingan mewarna kemerdekaan dikalangan pelajar bawah 6 tahun bagi memperkenalkan serta mengukuhkan pengetahuan pelajar cilik tentang warna Jalur Gemilang dan logo Hari Kebangsaan 2024.

Tujuan :
• Mengadakan aktiviti advokasi buli siber untuk memberi pemahaman kepada pelajar sekolah apa itu buli siber dan kesannya terhadap individu dan masyarakat.
• Aktiviti STEM untuk mengukur pengetahuan dan pemahaman pelajar tentang konsep matematik.
• Aktiviti mewarna dijalankan umtuk mengasah kemahiran softskills dan memupuk daya imaginasi serta ekspresi seni peserta.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• NADI bekerjasama dalam menjalankan aktiviti Advokasi Buli Siber, STEM dan pertandingan mewarna untuk pelajar SK Mensudut Lama, Pra Sekolah SK Mensudut Lama dan Tabika KEMAS Kg Mensudut Lama dengan kehadiran para guru.

Kelebihan Aktiviti :
• Meningkatkan kesedaran mengenai Buli Siber dikalangan pelajar sekolah.
• Meningkatkan pengalaman pelajar menggunakan alatan ICT dan aplikasi Kahoot.
• Mendorong semangat bersaing dan membantu pelajar memperkuat ingatan terhadap formula dan konsep penting.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :